USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU PERKUKUH PENGUASAAN BI MELALUI KOMSAS

IMG 0002

PULAU PINANG, 26 Mei 2015 – Dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar khususnya di peringkat sekolah, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan “Teaching English to Speakers of Other Languages” (TESOL) bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penang Free School dan SMK Convent Greenlane dalam menganjurkan Pementasan Drama Komponen Sastera (KOMSAS) Bahasa Inggeris “Penang English Literature Drama Showcase” yang berlangsung di Panggung Pelenggam Cahaya, di sini, hari ini.

Berucap merasmikan program tersebut, isteri Naib Canselor USM Datin Noraizan Jamaludin menyeru agar pelaksanaan program berkenaan diteruskan pada masa akan datang kerana kepentingan bahasa tersebut bertepatan dengan usaha pemerkasaan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tanpa mengenepikan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

IMG 0021jh

IMG 0046fgfh

Noraizan berbangga dan berterima kasih atas usaha Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM mengambil inisiatif tersebut untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran para pelajar program ini bagi memperkukuh penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah menengah.

“Penang English Literature Drama Showcase” juga adalah selari dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), satu inisiatif kerajaan dalam meningkatkan penguasaan terhadap Bahasa Inggeris tanpa mengabaikan bahasa rasmi negara iaitu Bahasa Malaysia.

IMG 0051fh

IMG 0028jkb

Terdahulu, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM Profesor Dato’ Dr. Abdul Rashid Mohamed berkata, USM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan komuniti dan masyarakat luar universiti untuk bersama-sama bergerak ke hadapan dalam memimpin memperkukuh penggunaan bahasa tersebut bagi mencapai standard yang diinginkan negara demi kecemerlangan sistem pendidikan negara.

“Pementasan drama tersebut merupakan platform terbaik dalam pembelajaran ilmu bahasa perniagaan tersebut selain dapat memberi pendedahan kepada para pelajar kita memberi latihan kepada para pelajar sekolah sebagai latihan asas sebelum melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang perguruan," kata Abdul Rashid.

IMG 0056g

IMG 0031nkl

Jelasnya lagi, improvisasi dalam drama juga memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam suasana yang lebih dinamis dan menyeronokkan memandangkan drama merupakan salah satu cara dalam menghakupaya kemampuan para pelajar berfikir di luar kotak serta dapat melatih sifat kepimpinan, penyelesaian masalah, dan semangat kerja berpasukan sebagai persediaan masa hadapan.

Pementasan drama tersebut melibatkan tiga persembahan mantap menerusi drama KOMSAS Bahasa Inggeris Tingkatan Tiga bertajuk “The Railway Children” karya penulis tersohor antarabangsa, Edith Nesbit oleh pelajar dari SMK Penang Free School, SMK Convent Greenlane, dan para pelajar TESOL USM.

IMG 0070gh

IMG 0083ghhmh

Hadir sama ialah Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Isma Jamshir Bin Ismail; Pengetua SMK Penang Free School, Jalil Saad; wakil pengetua SMK Convent Greenlane, pengetua-pengetua sekolah kluster, para pegawai utama USM, pensyarah serta para pelajar yang lain. - Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa.

  • Created on .
  • Hits: 1364

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024